Saturday 7 January 2012

final oh final

3 Jan- 19 Jan: minggu peperiksaan aku semester ke-7...tinggal satu sem je lg? yahoo!!!

Alhamdulillah, setakat ni aku dah berjaya mengharungi minggu pertama peperiksaan akhir yang bagi aku amat mencabar...menjadi kenangan yang tak mungkin aku lupakan saat bergelar sebagai seorang pelajar...

Dugaan bermula dari hari first paper, KRISIS AIR...bayangkan, balik bilik after exam hall, air dah tinggal kecik sgt kat paip? mcm mana ni? down! so cepat2 lah kena tadah sebagai persiapan...tapi yang paling mengecewakan hari second paper exam la...air dah tak ada setitik pun...nasib baik dah prepare siap2 so boleh la mandi pagi sebelum pergi exam...dugaan...dugaan...

Tapi yang paling-paling kronik, tak ada yang kronik yang melainkan kronik-kronik belaka adalah hari jumaat yang tahap langsung tak ada air...serius rasa nak menangis je...kalau bukan sebab exam, memang dah lama ponteng kelas balik rumah...:"( sedih bila tengok ramai kawan-kawan and jiran-jiran depan bilik ni buat scene menuju puncak (tarik beg) balik...nak buat macam mana kan, gap exam dekat, rumah pulak jauh....

Nasib baik la ada mak cik member yang duduk dekat area sini jugak, so boleh la tumpang mandi kat rumah dia...lepas tu angkut berbotol2 air untuk bekalan...huhu...sadis!

7 Januari 2012, dapat berita air dah ada...thanks God! akhirnya after 4 hari bersusah payah...lega! hopefully krisis air ni tak akan terjadi lagi especially di musim peperiksaan...amin...

salam 2012

tirai 2011 telah pun berlabuh...membuka lembaran baru tirai 2012...

hopefully masih tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru...azam tahun baru ni, nak grad dengan cemerlang...amin...

sedar tak sedar, tinggal lagi tak sampai 6 bulan untuk tamat belajar...so, dah start kena tinjau-tinjau tempat nak chambering dah...lokasi? so far, ada satu firm kat klang yang dah bagi respon...so tunggu nak interview je la...insyaAllah kalau tak ada kekangan, bulan 2 nanti pergi interview...so, berpegang pada prinsip, kalau ada rezeki ada la...mungkin Allah dah takdirkan yang terbaik untuk aku...

sempena sambutan ulangtahun yang ke 22 pada penghujung tahun 2011 yang baru sahaja berlabuh, aku nekad dalam diri nak berubah menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini...insyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan...